


Sejak penubuhannya, SLC sudah banyak membantu pelajar, khususnya lepasan SPM dan STPM untuk melanjutkan pelajaran ke pringkat diploma dan ijazah. Semua program diploma dan ijazah ini adalah diiktiraf penuh oleh Kerajaan (Kementerian Pengajian Tinggi) dan MQA (Malaysian Qualification Agency).
Biasiswa Khas & Bantuan Pendidikan SLC
Banyak kelebihan yang diperolehi oleh pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah melalui SLC. Ini adalah melalui Biasiswa Khas dan Bantuan Pendidikan SLC yang diberikan oleh SLC. Biasiswa & bantuan pendidikan ini termasuklah pakej-pakej seperti kemudahan asrama percuma, yuran pendaftaran percuma atau yuran pendaftaran dengan kadar terendah, pengurangan yuran-yuran lain, bantuan tunai, elaun, kemudahan pengangkutan percuma dan banyak lagi. Segala Biasiswa & bantuan pendidikan ini juga adalah selaras dengan persetujuan yang diberikan oleh kolej-kolej dan universiti-universiti yang mempunyai kerjasama dengan SLC. Ini membuktikan komitment SLC dalam membantu pelajar. SLC sangat memahami keperluan pelajar dalam aspek pendidikan.
Untuk mengukuhkan lagi usaha SLC sebagai pusat pendaftaran diploma dan ijazah yang benar-benar membantu pelajar, SLC memberikan khidmat nasihat percuma kepada pelajar dalam aspek pendidikan. Pelajar, belia dan para ibu bapa boleh bertanya kepada SLC tentang apa sahaja kemusykilan, persoalan dan permasalahan mereka dalam hal ini terutamanya berkaitan melanjutkan pelajaran ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT). SLC akan memberikan maklumat lengkap kepada mereka pada bila-bila masa diperlukan tanpa sebarang bayaran. Ia adalah percuma. Melalui khidmat nasihat ini, SLC dapat memberikan panduan yang lengkap kepada para palajar dalam pemilihan program diploma/ ijazah yang bersesuaian dengan keperluan pasaran kerja masa kini dan juga bersesuaian dengan kemampuan pelajar dari segi kos pembelajaran.
Dengan melanjutkan pelajaran melalui SLC, secara langsung para pelajar adalah dibawah naungan pihak SLC. Ini sekaligus memberikan manfaat kepada mereka dari aspek kualiti pendidikan yang lebih baik, kebajikan yang lebih terjamin dan masa depan yang lebih cerah.
Kami pihak pengurusan SLC mengalu-alukan semua pelajar, belia, ibu bapa dan masyarakat untuk bersama-sama SLC. Bersama-sama kita membina pendidikan dan masa depan yang lebih baik. Kerana kami adalah... .. .“SLC: YOUR TRUSTED LINK TO A BETTER EDUCATION & FUTURE!”
Yang Ikhlas,
Said Effendi Bin Ag. Saidin
Founder/ Chief Executive Officer (CEO)
Student Life Centre (SLC)


Welcome to Student Life Centre (SLC)
Student Life Centre (SLC) ditubuhkan pada tahun 2013. SLC merupakan PUSAT PENDAFTARAN DIPLOMA DAN IJAZAH bagi kolej-kolej & universiti-universiti yang diiktiraf penuh Kerajaan (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) & MQA (Malaysian Qualification Agency) untuk seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak & Semenanjung) Antara objektif utama SLC ialah:
​
1. Membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke pringkat diploma, ijazah, master dan yang lebih tinggi .
2. Membantu pelajar mendapatkan program diploma/ ijazah yang diiktiraf penuh oleh Keraja
3. Membantu pelajar mendapatkan program yang bersesuaian dengan minat mereka,
mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi, mempunyai kos yang terendah dan
mampu ditampung oleh pelajar serta keluarga.
4. Memberikan khidmat nasihat percuma berkaitan hala tuju pendidikan dan kerjaya kepada pelajar.
5. Memberikan khidmat sokongan kebajikan kepada pelajar semasa pengajian mereka.
